Takutkan Tuhan rahsia takut melakukan kesalahan sesama insan
Cintakan Tuhan rahsia cintakan sesama manusia
Kedua-duanya rahsia bersatunya sesama insan
Bersatu padu ada rasa bersama dan boleh bekerjasama
Cinta sesama, bersatu padu, rasa bersama bekerjasama itulah kekuatan
Marilah kita lakukan untuk mendapat kekuatan
Kekuatan sangat diperlukan musuh-musuh tidak dapat memecah-belahkan
Rasa bersama ia adalah membawa kemajuan
Umat Islam sudah lemah berpecah-belah pula bertambah lemah
Sudah tiba masanya kita berkasih sayang dan bersatu
Agar negara sama-sama dimaju dan dibangunkan
Kita kuat kita makmur musuh-musuh tidak boleh melemahkan
Ayuh jangan tunggu lagi marilah kita berkasih sayang
Jangan hanya bercakap dan berslogan
Kita mahu buktikan dengan amalan dan perbuatan
Cakap-cakap kosong sudah lama kita lakukan
Ayuh semua golongan marilah sama-sama kita buktikan
Kasih sayang itu kita jadikan budaya kehidupan
Tuhan akan cucuri rahmat dan berkat di dalam kehidupan
Negara kita akan aman makmur dan mendapat bantuan Tuhan
oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi